TUN V.T.
SAMBANTHAN
Tun V.T Samnanthan dilahirkan di Sungai Siput, Perak
pada tahun 1919. Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik yang bernama, V.M
Sundram, V.Krishnan dan V.Saraswathy. Sambanthan mendapatkan pendidikan formal
di Sekolah Tinggi Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebelum melanjutkan pelajaran
dalam bidang konomidi,di University Annamalai, India. Beliau memilih Toh Puan
Umasundari sebagai hidupnya.
Pada
awalnya beliau menubuhkan MIC dan menjadi president MIC. Dengan menyusun semula organisasi parti MIC.
Tun Sambanthan telah memantapkaan kemimpinannya dan juga kedududuk politik
orang India di Tanah Melayu. Tun Sambanthan juga melaksanakan beberapa kegiatan
social dan ekonomi bagi mempertingkatkat taraf hidup orang India dipersekutuan
Tanah Melayu di anrata yang paling penting adalah mengkaji tentang kepentingan Tabungan Pekerja
India Selatan dan beliau mencadangkan perubahan dalam pengurusan tabung supaya
anak buruh estet mendapat manfaatnya.
Tun
Sambanthan telah mencadangkan penggunaan wang tabung bagi tujuan pendidikan
anak-anak buruh ladang di sekolah-sekolah menengah dan juga university. Ada
bebebrapa pemimpin MIC juga telah mengesa kerajaan untuk menguatkuasakan
undang-undang. Ini ketana tabung ini boleh digunakan bagi program penempatan
semula. Beliau telah mendesak Encik Manikavasagam iaitu Menteri Buruh dan juga
Timbalan Presiden MIC untuk mengubahsuai perlembagaan tabung.
Beliau
adalah Presiden MIC pertama yang mempunyai pegangan kuat dalam hal agama.
Beliau sering kali menghadirkan diri dalam aktiviti kuil di seluruh persekutuan
Tanah Melayu. Dengan itu, masyarakat India telah merasakan hubungan anatara
pemimpin dan rakyat biasa lebih mesra. Mereka juga berkesempatan berbual dan
melahirkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin yang telah mereka pilih. Beliau
telah menjadi contoh yang baik bagi masyarakat India untuk mengamalkan prinsip
pertama dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.
Tun
Sambanthan juga telah menjemput Pope of Taoism Heavenly Teacher, Chang Tien Shih
(79 tahun) dari Taipei pada tahun 1964 untuk mengadakan sembayang meminta
keamanan bagi negara Malaysia. Sebagai seorang yang tinggi ketaatan terhadap
agama Hindu, beliau juga telah menghormati ideology agama lain. Beliau dan
keluarganya telah mempunyai kebiasaan untuk menyemput sami-sami agama Hindu
dari India. Sebagai penganut setia agama Hindu, beliau juga sering kali meminta
orang India agar menghormati agama dan kepercayaan kaum lain bagi memebentuk
masyarakat Malaysia yang aman dan damai.
Beliau juga mempunyai minat dalam hal-hal
kebajikan. Pada tahun 1964, beliau dilantik sebagai Presiden Moral Uplifting
Society atau Che Huan Khor. Persatuan cina ini membantu golongan miskin dan
sakit lagi mendapatkan perubatan percuma atau tradisonal, membeli peti mayat
dan sebagainya. Perlantikan ini adalah satu penghormatan tertinggi yang
diberikan kepada seorang yang bukan berbangsa cina. Perlantikan ini disebabkan
oleh Tun V. T. Sambanthan dianggap sebagai pemimpin yang mempunyai keimanan
yang tertinggi dan bertoleransi dengan orang lain.
Sekembali ke tanah air dan selepas
kematian bapa pada tahun 1942, Sambanthan mengambil alih tugas pengurusan
[erniagaa keluarganya dalam bidang penerokaan ladang getah. Peluang ini
digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra
dengan penduduk setempat. Kemudahan sekolah dan kemudahan yang lain amat
diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melalui pendidikan. Sekolah
Tamil Mahatma Ghandhi yang dibuka secara rasmi pada tahun 1954, di Sungai Siput
Penubuhan
sekolah-seklah tamil memperkasakan usahanya membantu meningkatkan mutu
pendidikan kanak-kanak estet. Sukatan pelajaran Tamil ini dipelajari mengikut
sukatan yang disediakan di India. Guru–guru dari India juga di import ke Tanah
Melayu untuk mengajar kanak-kanak India di sekolah-sekolah jenis kebangsaa
Tamil. Buku-buku untuk pebelajaraj turut telah diimport ke sini. Oleh itu,
anak-anak orang India mudah untuk menerima ilmu pengethahuan.
Tun V.T Samanthan juga dikenali sebagai
seorang yang besar hati. Ini kerana, pada masa dahulu Sambanthan mempunyai
banyak harta iaitu memiliki tanah yang banyak. orang India pada masa dahulu
tidak memaju dalam kehidupan mereka. Ini sebab mereka tidak mempunyai apa-apa
harta untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, Sambanthan telah
menjualkan tanah bapanya seluasnya 2.4 kilometer persegi disamping menyediakan
perhidmatan kewangan.
Keputusan yang telah dibuat oleh Tun V.T Sambanthan ini amat bagus
kerana keputusan tersebut mengubah status orang India yang tinggal di
etet-estet. keputusan yang telah dilancarkan oleh beliau adalah, beliau
menjualkan semua harta tanah dan mengumpulkan semua wang hasil jualannya
hartanya. Kemudian beliau memberikan wang yang diterimanya kepada orang-orang
India. Mereka mengunakan wang tersebut untuk membeli rumah-rumah dengan haraga
yang rendah.
Maka, semua orang India yang tinggal di estet-estet mempunyai satu harta
milik sendiri iaitu tanah atau pun rumah sendiri. Oleh itu, mereka tidak perlu
lagi bergantung kepada orang lain. Mahupun mereka sendiri mengunakan tanah yang
telah belinya untuk dijadikan sebagai tempat tanaman sayur dan buah dan
hasilnya untuk dijual di pasaran. Sambanthan bertenang dan berasa gembira sebab
orang India boleh meningkatkan taraf hidup mereka dari segi ekonomi dan juga
sosial.
No comments:
Post a Comment