Tuesday, September 23, 2014

         TUN TAN CHENG LOCK
                  

     Di bawah kepimpinan Cheng Lock, MCA telah membantu menubuhkan kampung-kampung baru, mendapatkan hak kerakyatan untuk masyarakat Cina dan menghalang British daripada mengusir keluar kira-kira 500,000 masyarakat Cina dari Tanah Melayu. Yang pasti, ini bukan kali pertama pengasas MCA itu diberikan penghormatan sebegini rupa. Beberapa tahun lalu, hasil kerjasama dengan seorang penerbit tempatan, MCA telah menghasilkan sebuah drama audio yang dimuatkan dalam cakera padat memaparkan perjuangan dan pencapaian Cheng Lock.

          Sungguhpun Cheng Lock merupakan pemimpin kepada sebuah parti politik berbangsa Cina dan datang dari latar belakang berpendidikan tinggi, namun kedudukan itu tidak menghalang mendiang untuk terus mengutarakan isu selain memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina, Cheng Lock juga peka dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu ketika itu. Isu-isu utama yang membelenggu negara dan masalah lain dalam kalangan penduduk biasa.

            Keprihatinan Cheng Lock terhadap masalah masyarakat Melayu terserlah apabila mendiang pernah meminta agar bantuan ekonomi disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Jerih payah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan Melayu turut mendapat perhatian mendiang. Apa yang menjadikan Cheng Lock seorang pemimpin yang cukup disegani ialah kemampuan beliau untuk menjalin hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu; Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar. Bagi Cheng Lock, Tunku dan Datuk Onn, mereka sanggup mengetepikan ego dan kepentingan peribadi ketika membincangkan isu-isu panas seperti kerakyatan dan negara bangsa.

            “Malaya tidak akan dapat melupakan jasa-jasa Cheng Lock disebabkan apa yang telah beliau lakukan untuk negara ini. Nama mendiang akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Semua rakyat negara ini menghormati dan menyanjung tinggi mendiang sebagai salah seorang daripada pejuang kemerdekaan negara.”  Sesungguhnya, pemimpin berkarisma dan berpandangan jauh seperti Cheng Lock sukar dicari gantinya namun semangat serta dasar perjuangan melihat pembentukan sebuah negara berpandukan kepada kehendak rakyat untuk hidup aman damai dan membentuk sebuah masa depan yang cerah perlu diteruskan.

          Salah satu sumbangan MCA dalam usaha ini ialah mengusahakan penempatan semula orang Cina yang tinggal berselerak di kawasan-kawasan setinggan pinggir hutan.  Mereka ditempatkan di kawasan yang dipanggil ‘kampung baru’ yang lebih tersusun dan selamat.  Usaha ini mendapat sokongan daripada ahli-ahli MCA.  Cawangan MCA di tiap negeri telah memberi sumbangan wang.  Cawangan MCA Johor umpamanya telah menyumbang RM100,000.00 untuk menempatkan 2,000 keluarga Cina di kawasan seluas 35,000 ekar dan cawangan MCA Negeri Sembilan membelanjakan RM71,000 untuk membiayai kampung baru di kawasan yang meliputi Batu 3 Seremban - Port Dickson.  Selain itu, Tabung Kebajikan ditubuhkan di ibu pejabat MCA untuk memudahkan pengurusan pemberian bantuan kepada penghuni kampung baru.
          
         Usaha selanjutnya yang digerakkan oleh MCA ialah mewujudkan kerjasama antara kaum.  Langkah ini selaras dengan syarat yang digariskan oleh kerajaan British yang menentukan segala kegiatan politik Tanah Melayu selepas terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 hendaklah berasaskan kerjasama antara kaum. Kerjasama kaum telah menjadi agenda politik Tanah Melayu selepas British menjadikan ia sebagai satu syarat untuk mendapatkan kerajaan sendiri bagi Tanah Melayu.

          
            Tun Tan Cheng Lock juga telah membuka sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina untuk orang Cina. Ini sama seperti apa yang telah dilancarkan oleh Sambanthan. Cheng Lock juga memgimport buku-buku dari negara asal iaitu negara Cina. Guru-guru yang pakar dalam bahasa Cina telah diimport ke negara kita. Oleh itu, anak-anak orang Cina yang berada di lombong akan mendapat ilmu pengutahuan apabila pergi ke sekolah. Inilah jasa-jasa yang telah ditunjukan oleh Tun Tan Cheng Lock. 

No comments:

Post a Comment