Tuesday, September 23, 2014

PENGERTIAN DAN KONSEP SUMBER

Pengertian Sejarah                        Apakah itu SEJARAH? Sejarah bermaksud menyiasat. Lebih tepat lagi ia adalah ilmu yang diperoleh melalui kaedah penyiasatan iaitu dengan wujudnya penumuan, pengumpulan, pengurusan dan persembahan maklumat tehadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidik yang mengunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-periatiwa. Peristiwa lampau sebelum direkod prnulisan dianggap sebagai PRASEJARAH.
         Mohd Yusof Ibrahim (1986), menterjemahkan perkataan (HISTORY) daripada perkataan Arab iaitu SYAJARATUN yang bermaksud pohon. Dari perkataan Yunani juga perkataan sejarah diterjemahkan. Bebebrapa tokoh sejarah telah menyatakan pandagan mereka terhadap sejarah yang berbeza. Sejarah ialah satu kajian untuk  menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban merupakan pandangan menurut Bapa Sejarah iaitu Herodotus. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi dan peristiwa-perisriwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod yang kukuh.
       
                            


Pengertian Sumber Sejarah

    Apakah yang dimaksudkan dengan istilah sumber itu? Sumber adalah satu ilham. Sumber ialah sesuatu yang boleh menjadikan punca keapada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbza dengan ilaham kerana ia tidak abstrack mahupun spontan ia boleh kita rujuk kembali apabila kita memerlukannya semula. Sumber sangat penting dalam biang sejarah. Sumber dalam bidang sejarah sangat penting untuk menentukan kebenaran dan ksahihan sesuatu fakta.
           Sumber sejarah membawa pernetian yang sangat luas dan perlu ditafsir dengan jelas dan tepat. Sumber mengandungi maklumat ataupun bukti yang tulen dan nyata ataupun maklumat yang bersifat asli tentang sesuatu fakta, kejadia ataupun hal-hal tertentu berkaitan sesuatu peristiwa sejarah. Ahli-ahli sejarah atau sjarawan yang ingin menjalanlan penyelidika atau kajian haruslah mengesan sumber-sumber yang diperlukannya dalam penyelikan dengan teliti dan tepat.
            Ahli-ahli sejarah telah memberikan pandangan yang berbeza tentang sumber sejarah. Profesor Carr enyatakan bahawa sumber sejarah boleh terdiri daripada fakta yang telah diteliti dan dipastikan. Mengikut Profesor Collingwood sumber sejarah adalah teks yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Pandangan Lous Gottschalk sumber sejarah adalah sebagai bahan bukti dalam bentuk tulisan, catatan dan saksi utama kepada peristiwa sejarah yang telah berlaku.
             Bagi Neibur sumber sejarah merupakan perkara aatau peristiwa yang telah berlak pada masa lampau. Maka kita boleh lihat bahawa  sumber sejarah perlu ditafsir mengikut keperluan ahli-ahli sejarah atau sejarawan untuk menghasilkan penulisan sejarah yang tepat. Pada peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan bahan yang tersimpan di tempat-tempat khusus seperti arkib, perpustakaan, muzium, tempat penyimpana perseorangan yang mempeunyai minat menyimpannya. Sumber sejarah juga dianggap sebagai satu dokumen  seperti gambar, batu ataupun senjata.


         
       

         Sejarawan yang mengkaji sejarah peristiwa masa lampau, mereka bergantung kepada sumber sejarah yang berbentuk arkeologi, numismatic dan epoigrafi. Kesemua alat tersebut terdapat di tapak-tapak arkeologi. Ahli-ahli sejarah juga bergantung kepada tingalan manusia dan juga aktiviti pengeluaran manusia. Penemuan tinggalan pada zaman dahulu iaitu zaman parasejarah telah memberi ruang kepada sejarawan tentang kewujudan masyarakat awal yang mewarisi teknologi dal juga alatan.
        Pengetahuan yang luas kita boleh dapatkan daripada sumber-sumber sejarah. sebagai contohnya, Malaysia telah ditemui rangka manusia yang terkenal sebagai ‘Manusia Perak’ (Perak Man). Penemuan tersebut telah memberikan tafsiran baharu terhadap kewujudan manusia awal. Segelintir ahli ejarah bergantung kepada sumber sejarah untuk membuktikan kejadian sesuatu peristiwa sejarah. sumber sejarah juga boleh dikatakan sebagai bahan menyediaknan bukti tertentu untuk mengemukakan satu rumusan dan tafsiran yang baik.   
    
           
  
 Konsep Sumber Sejarah

       Sejarawan mentafsir sesuatu sumber berdasarkan kkepada pelbagai sifatnya dan bentuk tersendiri. Setiap sumber tersebut member gambaran ataupun pandanan yang berbeza-beza berdasarkan kepada beberapa factor iaitu masa sumber itu dihasilkan, tempat sumber itu dihasilkan dan peristiwa atau perkara yang berlaku. Bagi memahami konsep sumber dalam bidang sejarah, seseorang yang membuat penyelidikan haruslah menguasai dan memiliki pengetahuan tentang sumber sejarah sebelum membuat penyelidikan.
         Tugas ahli-ahli sejarah adalah untuk mentafsir sumber yang sedia ada untuk mendapatkan bukti-bukti tertent. Ini adalah untuk memudahkan  ahli sejarah untuk memberikan tafsiran atau interpretasi bagi sesuatu peristiwa sejarah. ia bertujuan untuk megelakan berlakunya kesilapan dalam mentafsir sesuatu sumber yang dirujuk. Sumber bertulis dan bukan bertulis, artifak dan bukan artifak, merupakan dua bentuk yang berbeza yang terdapat dalam konsep sumber sejarah. antaranya seperti berikut.

Sumber bertulis
       Konsep sumber bertulis dalam bidang sejarah wujud selepas lahirnya sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat di dunia. Sistem tulisan telah wujud apabila manusia dan masyarakat mencapai tahap ketamanunan. Pengenalan sisten tulisan ini telah membawa suatu kesan yang positif. Iaitu selepas sistem ini wujud manusia dan masyrakat mula merakamkan petistiwa ataupun kejadian dicatatkan secara bertulis. Sumber sejarah bertulis ini bergerak dalam beberapa cara. Antaranya, dokumen, tulisan tangan, manuskrip dan sebarang catatan juga diaggap sebagai sumber bertulis
        .                  

Sumber bukan bertulis
          Sistem ini wujud selepas wujudan dalam kalangan lain. Dalam kehidupan manusia dan masyarakat, terdapat golongan yang tidak tidak memiliki atau tidak memberi perhatian berat terhadap sistem tulisan atau sistem catatan. Dalam situasi tersebut masyarakat ini hidup dalam sistem komunikasi secara lisan iaitu berasaskan sumber lisan. Inilah sebabnya wujud sumber lisan. Sumber lisan ini diwarisi secara turun-temurun oleh generasi tertentu. Konsep sumber sejarah ini dikatakan bersifat dari segi penggunanya. Ini sebab, sumber sejarah tersebut adalah berasaskan kepada proses ingatan saksi dan menuturkan semula tetang sesuatu peristiwa. Saksi tersebut perlulah mengingati semua peristiwa sejarah apabila menurukan fakta-fakta tentang kejadian kepada ahli sejarah.
                          
                                                           
                 

Sumber artifak
       Ahli-ahli sejarah yag terlibat dalam penyelidikan bergantung kepada sumber sejarah yang bersifat artifak dan bukan artifak. Ini kerana konsep sejarah yang berbentuk artifak dan bukan artifak dipraktiskan dalam bidang arkeologi. Penemuan bahan berbentuk artifak membantu ahli-ahli sejarah untuk memahami sejarah pembentukan sesuatu masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah. Sumber sejarah yang berbentuk artifak ditemui dalam proses eskavasi yang dilakukan oleh ahli sejarah. Terdapat pelbagai bentuk antaranya,  bentuk tulang, batu, besi, serpihan tembikar, porselin, manic dan logam.
      Penemuan sejarah artifak ini memberikan maklumat awal dalam bidang sejarah terutamanya dalam menentukan sejarah sesebuah masyarakat yang wujud pada peringkat awal. Penemuan artifak sejarah lebih banyak tertumpu kepada penemuan yang berbentuk tulang, batu bagi data masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah. Manakala penemuan sumber sejarah berbentuk artifak dalam masyarakat protosejarahlebih banyak kepada penemuan logam dan lain-lain.


                        


Sumber bukan artifak
        Sumber bukan artifak berbeza jika berbanding dengan sumber artifak. Sumber bukan artifak lebih kepada penemuan bahan-bahan makanan yang telah dimakan oleh manusia pada zaman lampau meliputi bahan-bahan organic, sisa-sisa makanan dan juga tulang-tulang binatang yang telah mati.

        
                             

        
    



       

No comments:

Post a Comment