Tuesday, September 23, 2014

         TUN TAN CHENG LOCK
                  

     Di bawah kepimpinan Cheng Lock, MCA telah membantu menubuhkan kampung-kampung baru, mendapatkan hak kerakyatan untuk masyarakat Cina dan menghalang British daripada mengusir keluar kira-kira 500,000 masyarakat Cina dari Tanah Melayu. Yang pasti, ini bukan kali pertama pengasas MCA itu diberikan penghormatan sebegini rupa. Beberapa tahun lalu, hasil kerjasama dengan seorang penerbit tempatan, MCA telah menghasilkan sebuah drama audio yang dimuatkan dalam cakera padat memaparkan perjuangan dan pencapaian Cheng Lock.

          Sungguhpun Cheng Lock merupakan pemimpin kepada sebuah parti politik berbangsa Cina dan datang dari latar belakang berpendidikan tinggi, namun kedudukan itu tidak menghalang mendiang untuk terus mengutarakan isu selain memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina, Cheng Lock juga peka dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu ketika itu. Isu-isu utama yang membelenggu negara dan masalah lain dalam kalangan penduduk biasa.

            Keprihatinan Cheng Lock terhadap masalah masyarakat Melayu terserlah apabila mendiang pernah meminta agar bantuan ekonomi disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Jerih payah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan Melayu turut mendapat perhatian mendiang. Apa yang menjadikan Cheng Lock seorang pemimpin yang cukup disegani ialah kemampuan beliau untuk menjalin hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu; Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar. Bagi Cheng Lock, Tunku dan Datuk Onn, mereka sanggup mengetepikan ego dan kepentingan peribadi ketika membincangkan isu-isu panas seperti kerakyatan dan negara bangsa.

            “Malaya tidak akan dapat melupakan jasa-jasa Cheng Lock disebabkan apa yang telah beliau lakukan untuk negara ini. Nama mendiang akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Semua rakyat negara ini menghormati dan menyanjung tinggi mendiang sebagai salah seorang daripada pejuang kemerdekaan negara.”  Sesungguhnya, pemimpin berkarisma dan berpandangan jauh seperti Cheng Lock sukar dicari gantinya namun semangat serta dasar perjuangan melihat pembentukan sebuah negara berpandukan kepada kehendak rakyat untuk hidup aman damai dan membentuk sebuah masa depan yang cerah perlu diteruskan.

          Salah satu sumbangan MCA dalam usaha ini ialah mengusahakan penempatan semula orang Cina yang tinggal berselerak di kawasan-kawasan setinggan pinggir hutan.  Mereka ditempatkan di kawasan yang dipanggil ‘kampung baru’ yang lebih tersusun dan selamat.  Usaha ini mendapat sokongan daripada ahli-ahli MCA.  Cawangan MCA di tiap negeri telah memberi sumbangan wang.  Cawangan MCA Johor umpamanya telah menyumbang RM100,000.00 untuk menempatkan 2,000 keluarga Cina di kawasan seluas 35,000 ekar dan cawangan MCA Negeri Sembilan membelanjakan RM71,000 untuk membiayai kampung baru di kawasan yang meliputi Batu 3 Seremban - Port Dickson.  Selain itu, Tabung Kebajikan ditubuhkan di ibu pejabat MCA untuk memudahkan pengurusan pemberian bantuan kepada penghuni kampung baru.
          
         Usaha selanjutnya yang digerakkan oleh MCA ialah mewujudkan kerjasama antara kaum.  Langkah ini selaras dengan syarat yang digariskan oleh kerajaan British yang menentukan segala kegiatan politik Tanah Melayu selepas terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 hendaklah berasaskan kerjasama antara kaum. Kerjasama kaum telah menjadi agenda politik Tanah Melayu selepas British menjadikan ia sebagai satu syarat untuk mendapatkan kerajaan sendiri bagi Tanah Melayu.

          
            Tun Tan Cheng Lock juga telah membuka sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina untuk orang Cina. Ini sama seperti apa yang telah dilancarkan oleh Sambanthan. Cheng Lock juga memgimport buku-buku dari negara asal iaitu negara Cina. Guru-guru yang pakar dalam bahasa Cina telah diimport ke negara kita. Oleh itu, anak-anak orang Cina yang berada di lombong akan mendapat ilmu pengutahuan apabila pergi ke sekolah. Inilah jasa-jasa yang telah ditunjukan oleh Tun Tan Cheng Lock. 
TUN V.T. SAMBANTHAN

                     
   Tun V.T Samnanthan dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada tahun 1919. Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik yang bernama, V.M Sundram, V.Krishnan dan V.Saraswathy. Sambanthan mendapatkan pendidikan formal di Sekolah Tinggi Clifford, Kuala Kangsar, Perak. Sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang konomidi,di University Annamalai, India. Beliau memilih Toh Puan Umasundari sebagai hidupnya.  
        Pada awalnya beliau menubuhkan MIC dan menjadi president MIC.  Dengan menyusun semula organisasi parti MIC. Tun Sambanthan telah memantapkaan kemimpinannya dan juga kedududuk politik orang India di Tanah Melayu. Tun Sambanthan juga melaksanakan beberapa kegiatan social dan ekonomi bagi mempertingkatkat taraf hidup orang India dipersekutuan Tanah Melayu di anrata yang paling penting adalah  mengkaji tentang kepentingan Tabungan Pekerja India Selatan dan beliau mencadangkan perubahan dalam pengurusan tabung supaya anak buruh estet mendapat manfaatnya.
          Tun Sambanthan telah mencadangkan penggunaan wang tabung bagi tujuan pendidikan anak-anak buruh ladang di sekolah-sekolah menengah dan juga university. Ada bebebrapa pemimpin MIC juga telah mengesa kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang. Ini ketana tabung ini boleh digunakan bagi program penempatan semula. Beliau telah mendesak Encik Manikavasagam iaitu Menteri Buruh dan juga Timbalan Presiden MIC untuk mengubahsuai perlembagaan tabung.
       Beliau adalah Presiden MIC pertama yang mempunyai pegangan kuat dalam hal agama. Beliau sering kali menghadirkan diri dalam aktiviti kuil di seluruh persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, masyarakat India telah merasakan hubungan anatara pemimpin dan rakyat biasa lebih mesra. Mereka juga berkesempatan berbual dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin yang telah mereka pilih. Beliau telah menjadi contoh yang baik bagi masyarakat India untuk mengamalkan prinsip pertama dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.
         Tun Sambanthan juga telah menjemput Pope of Taoism Heavenly Teacher, Chang Tien Shih (79 tahun) dari Taipei pada tahun 1964 untuk mengadakan sembayang meminta keamanan bagi negara Malaysia. Sebagai seorang yang tinggi ketaatan terhadap agama Hindu, beliau juga telah menghormati ideology agama lain. Beliau dan keluarganya telah mempunyai kebiasaan untuk menyemput sami-sami agama Hindu dari India. Sebagai penganut setia agama Hindu, beliau juga sering kali meminta orang India agar menghormati agama dan kepercayaan kaum lain bagi memebentuk masyarakat  Malaysia yang aman dan damai.   
         Beliau juga mempunyai minat dalam hal-hal kebajikan. Pada tahun 1964, beliau dilantik sebagai Presiden Moral Uplifting Society atau Che Huan Khor. Persatuan cina ini membantu golongan miskin dan sakit lagi mendapatkan perubatan percuma atau tradisonal, membeli peti mayat dan sebagainya. Perlantikan ini adalah satu penghormatan tertinggi yang diberikan kepada seorang yang bukan berbangsa cina. Perlantikan ini disebabkan oleh Tun V. T. Sambanthan dianggap sebagai pemimpin yang mempunyai keimanan yang tertinggi dan bertoleransi dengan orang lain.
              Sekembali ke tanah air dan selepas kematian bapa pada tahun 1942, Sambanthan mengambil alih tugas pengurusan [erniagaa keluarganya dalam bidang penerokaan ladang getah. Peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan penduduk setempat. Kemudahan sekolah dan kemudahan yang lain amat diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk melalui pendidikan. Sekolah Tamil Mahatma Ghandhi yang dibuka secara rasmi pada tahun 1954, di Sungai Siput
       Penubuhan sekolah-seklah tamil memperkasakan usahanya membantu meningkatkan mutu pendidikan kanak-kanak estet. Sukatan pelajaran Tamil ini dipelajari mengikut sukatan yang disediakan di India. Guru–guru dari India juga di import ke Tanah Melayu untuk mengajar kanak-kanak India di sekolah-sekolah jenis kebangsaa Tamil. Buku-buku untuk pebelajaraj turut telah diimport ke sini. Oleh itu, anak-anak orang India mudah untuk menerima ilmu pengethahuan.
        Tun V.T Samanthan juga dikenali sebagai seorang yang besar hati. Ini kerana, pada masa dahulu Sambanthan mempunyai banyak harta iaitu memiliki tanah yang banyak. orang India pada masa dahulu tidak memaju dalam kehidupan mereka. Ini sebab mereka tidak mempunyai apa-apa harta untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Oleh itu, Sambanthan telah menjualkan tanah bapanya seluasnya 2.4 kilometer persegi disamping menyediakan perhidmatan kewangan.
       Keputusan yang telah dibuat oleh Tun V.T Sambanthan ini amat bagus kerana keputusan tersebut mengubah status orang India yang tinggal di etet-estet. keputusan yang telah dilancarkan oleh beliau adalah, beliau menjualkan semua harta tanah dan mengumpulkan semua wang hasil jualannya hartanya. Kemudian beliau memberikan wang yang diterimanya kepada orang-orang India. Mereka mengunakan wang tersebut untuk membeli rumah-rumah dengan haraga yang rendah.
         Maka, semua orang India yang tinggal di estet-estet mempunyai satu harta milik sendiri iaitu tanah atau pun rumah sendiri. Oleh itu, mereka tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain. Mahupun mereka sendiri mengunakan tanah yang telah belinya untuk dijadikan sebagai tempat tanaman sayur dan buah dan hasilnya untuk dijual di pasaran. Sambanthan bertenang dan berasa gembira sebab orang India boleh meningkatkan taraf hidup mereka dari segi ekonomi dan juga sosial.

         

PENGERTIAN DAN KONSEP SUMBER

Pengertian Sejarah                        Apakah itu SEJARAH? Sejarah bermaksud menyiasat. Lebih tepat lagi ia adalah ilmu yang diperoleh melalui kaedah penyiasatan iaitu dengan wujudnya penumuan, pengumpulan, pengurusan dan persembahan maklumat tehadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidik yang mengunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-periatiwa. Peristiwa lampau sebelum direkod prnulisan dianggap sebagai PRASEJARAH.
         Mohd Yusof Ibrahim (1986), menterjemahkan perkataan (HISTORY) daripada perkataan Arab iaitu SYAJARATUN yang bermaksud pohon. Dari perkataan Yunani juga perkataan sejarah diterjemahkan. Bebebrapa tokoh sejarah telah menyatakan pandagan mereka terhadap sejarah yang berbeza. Sejarah ialah satu kajian untuk  menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban merupakan pandangan menurut Bapa Sejarah iaitu Herodotus. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi dan peristiwa-perisriwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod yang kukuh.
       
                            


Pengertian Sumber Sejarah

    Apakah yang dimaksudkan dengan istilah sumber itu? Sumber adalah satu ilham. Sumber ialah sesuatu yang boleh menjadikan punca keapada sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbza dengan ilaham kerana ia tidak abstrack mahupun spontan ia boleh kita rujuk kembali apabila kita memerlukannya semula. Sumber sangat penting dalam biang sejarah. Sumber dalam bidang sejarah sangat penting untuk menentukan kebenaran dan ksahihan sesuatu fakta.
           Sumber sejarah membawa pernetian yang sangat luas dan perlu ditafsir dengan jelas dan tepat. Sumber mengandungi maklumat ataupun bukti yang tulen dan nyata ataupun maklumat yang bersifat asli tentang sesuatu fakta, kejadia ataupun hal-hal tertentu berkaitan sesuatu peristiwa sejarah. Ahli-ahli sejarah atau sjarawan yang ingin menjalanlan penyelidika atau kajian haruslah mengesan sumber-sumber yang diperlukannya dalam penyelikan dengan teliti dan tepat.
            Ahli-ahli sejarah telah memberikan pandangan yang berbeza tentang sumber sejarah. Profesor Carr enyatakan bahawa sumber sejarah boleh terdiri daripada fakta yang telah diteliti dan dipastikan. Mengikut Profesor Collingwood sumber sejarah adalah teks yang mempunyai kenyataan mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Pandangan Lous Gottschalk sumber sejarah adalah sebagai bahan bukti dalam bentuk tulisan, catatan dan saksi utama kepada peristiwa sejarah yang telah berlaku.
             Bagi Neibur sumber sejarah merupakan perkara aatau peristiwa yang telah berlak pada masa lampau. Maka kita boleh lihat bahawa  sumber sejarah perlu ditafsir mengikut keperluan ahli-ahli sejarah atau sejarawan untuk menghasilkan penulisan sejarah yang tepat. Pada peringkat awalnya, sumber ialah sekumpulan bahan yang tersimpan di tempat-tempat khusus seperti arkib, perpustakaan, muzium, tempat penyimpana perseorangan yang mempeunyai minat menyimpannya. Sumber sejarah juga dianggap sebagai satu dokumen  seperti gambar, batu ataupun senjata.


         
       

         Sejarawan yang mengkaji sejarah peristiwa masa lampau, mereka bergantung kepada sumber sejarah yang berbentuk arkeologi, numismatic dan epoigrafi. Kesemua alat tersebut terdapat di tapak-tapak arkeologi. Ahli-ahli sejarah juga bergantung kepada tingalan manusia dan juga aktiviti pengeluaran manusia. Penemuan tinggalan pada zaman dahulu iaitu zaman parasejarah telah memberi ruang kepada sejarawan tentang kewujudan masyarakat awal yang mewarisi teknologi dal juga alatan.
        Pengetahuan yang luas kita boleh dapatkan daripada sumber-sumber sejarah. sebagai contohnya, Malaysia telah ditemui rangka manusia yang terkenal sebagai ‘Manusia Perak’ (Perak Man). Penemuan tersebut telah memberikan tafsiran baharu terhadap kewujudan manusia awal. Segelintir ahli ejarah bergantung kepada sumber sejarah untuk membuktikan kejadian sesuatu peristiwa sejarah. sumber sejarah juga boleh dikatakan sebagai bahan menyediaknan bukti tertentu untuk mengemukakan satu rumusan dan tafsiran yang baik.   
    
           
  
 Konsep Sumber Sejarah

       Sejarawan mentafsir sesuatu sumber berdasarkan kkepada pelbagai sifatnya dan bentuk tersendiri. Setiap sumber tersebut member gambaran ataupun pandanan yang berbeza-beza berdasarkan kepada beberapa factor iaitu masa sumber itu dihasilkan, tempat sumber itu dihasilkan dan peristiwa atau perkara yang berlaku. Bagi memahami konsep sumber dalam bidang sejarah, seseorang yang membuat penyelidikan haruslah menguasai dan memiliki pengetahuan tentang sumber sejarah sebelum membuat penyelidikan.
         Tugas ahli-ahli sejarah adalah untuk mentafsir sumber yang sedia ada untuk mendapatkan bukti-bukti tertent. Ini adalah untuk memudahkan  ahli sejarah untuk memberikan tafsiran atau interpretasi bagi sesuatu peristiwa sejarah. ia bertujuan untuk megelakan berlakunya kesilapan dalam mentafsir sesuatu sumber yang dirujuk. Sumber bertulis dan bukan bertulis, artifak dan bukan artifak, merupakan dua bentuk yang berbeza yang terdapat dalam konsep sumber sejarah. antaranya seperti berikut.

Sumber bertulis
       Konsep sumber bertulis dalam bidang sejarah wujud selepas lahirnya sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat di dunia. Sistem tulisan telah wujud apabila manusia dan masyarakat mencapai tahap ketamanunan. Pengenalan sisten tulisan ini telah membawa suatu kesan yang positif. Iaitu selepas sistem ini wujud manusia dan masyrakat mula merakamkan petistiwa ataupun kejadian dicatatkan secara bertulis. Sumber sejarah bertulis ini bergerak dalam beberapa cara. Antaranya, dokumen, tulisan tangan, manuskrip dan sebarang catatan juga diaggap sebagai sumber bertulis
        .                  

Sumber bukan bertulis
          Sistem ini wujud selepas wujudan dalam kalangan lain. Dalam kehidupan manusia dan masyarakat, terdapat golongan yang tidak tidak memiliki atau tidak memberi perhatian berat terhadap sistem tulisan atau sistem catatan. Dalam situasi tersebut masyarakat ini hidup dalam sistem komunikasi secara lisan iaitu berasaskan sumber lisan. Inilah sebabnya wujud sumber lisan. Sumber lisan ini diwarisi secara turun-temurun oleh generasi tertentu. Konsep sumber sejarah ini dikatakan bersifat dari segi penggunanya. Ini sebab, sumber sejarah tersebut adalah berasaskan kepada proses ingatan saksi dan menuturkan semula tetang sesuatu peristiwa. Saksi tersebut perlulah mengingati semua peristiwa sejarah apabila menurukan fakta-fakta tentang kejadian kepada ahli sejarah.
                          
                                                           
                 

Sumber artifak
       Ahli-ahli sejarah yag terlibat dalam penyelidikan bergantung kepada sumber sejarah yang bersifat artifak dan bukan artifak. Ini kerana konsep sejarah yang berbentuk artifak dan bukan artifak dipraktiskan dalam bidang arkeologi. Penemuan bahan berbentuk artifak membantu ahli-ahli sejarah untuk memahami sejarah pembentukan sesuatu masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah. Sumber sejarah yang berbentuk artifak ditemui dalam proses eskavasi yang dilakukan oleh ahli sejarah. Terdapat pelbagai bentuk antaranya,  bentuk tulang, batu, besi, serpihan tembikar, porselin, manic dan logam.
      Penemuan sejarah artifak ini memberikan maklumat awal dalam bidang sejarah terutamanya dalam menentukan sejarah sesebuah masyarakat yang wujud pada peringkat awal. Penemuan artifak sejarah lebih banyak tertumpu kepada penemuan yang berbentuk tulang, batu bagi data masyarakat yang hidup pada zaman prasejarah. Manakala penemuan sumber sejarah berbentuk artifak dalam masyarakat protosejarahlebih banyak kepada penemuan logam dan lain-lain.


                        


Sumber bukan artifak
        Sumber bukan artifak berbeza jika berbanding dengan sumber artifak. Sumber bukan artifak lebih kepada penemuan bahan-bahan makanan yang telah dimakan oleh manusia pada zaman lampau meliputi bahan-bahan organic, sisa-sisa makanan dan juga tulang-tulang binatang yang telah mati.